PENGENALAN KEPADA PENGAJIAN "THE MATRIX"
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama..." (AlQuran 2:31)
Apakah Matrix itu?Matematik?MLM?
atau kad matriks?;>
Matrix ialah bergantung kepada APA YANG ANDA PERCAYA.
Bagaimana rupanya?Apa yang ada di dalamnya?
Lama
sebelum filem The Matrix yang pertama ditayangkan di pawagam-pawagam
seluruh dunia,beberapa kelompok pemikir dari kalangan Barat telah
menemui sedikit kenyataan serta hakikat sebenar dari dunia dan alam
kehidupan yang manusia alami.Kelompok pemikir ini telah mengkaji dari
pelbagai-bagai sumber;dan di sana ada dua sumber utama yang menjadi
tunjang kepada pengetahuan The Matrix,esoterik Hindu dan satu lagi
sumber yang mereka rahsiakan kepada umum.
Asas kepada pengetahuan
yang mereka gali dari kerohanian di dunia sebelah Timur inilah yang
menjadi kuasa kepada pergerakan New Age dan Theosofi.
Selama
beratus tahun sebelum pergerakan New Age wujud,pelbagai aliran
kerohanian telah muncul bak cendawan selepas hujan di beberapa bahagian
Eropah.Rosicrusian,Martinism,Gnostic,Cathars dan banyak lagi termasuk
pergerakan 'illumination' dan berasaskan Kabbalah yang berkembang
selaras dengan pertembungan budaya Barat-Timur sama ada berpunca dari
kegiatan perdagangan mahupun peperangan.Para pendiri aliran-aliran
kerohanian ini telah mengembara ke seluruh pelusuk dunia Timur;di mana
dapat dipecahkan kepada dua destinasi utama sumber ajaran kerohanian
dunia, Timur Tengah dan Indo-Asia.Mereka telah berguru dengan pelbagai
guru kerohanian Timur;shaman,tukang tilik,ahli sihir,ahli
sufi,pemuka-pemuka agama,pendeta,para sami,dukun dan sebagainya
semata-mata untuk menjawab pertanyaan ini:
"SIAPA KITA DAN APA TUJUAN HIDUP KITA?"
Inilah
asal-usul bermulanya idea The Matrix sehinggalah Wachowski Brothers
mula mengarahkan filem yang popular itu lewat menanti menjelangnya alaf
baru.
Sebenarnya,sebelum kesedaran dan pengetahuan rahsia ini
timbul dari kalangan orang-orang Barat,pengetahuan rahsia alam dan
kehidupan telah lama berlegar-legar di kalangan orang-orang sebelah
Timur.Di dunia sebelah Timur di mana agama-agama besar dunia
berasal,adalah sumber dan pusat kegiatan spiritual.Dalam pada itu
masyarakat sebelah Barat masih teraba-raba dalam zaman gelap yang
panjang,menganut fahaman animisme dan pagan,membersihkan diri dengan air
kencing sendiri dan sekurang-kurang tamadun Yunani dan Rom lah lebih
maju sedikit dengan sistem dewa-dewi yang lebih sistematik dan kelahiran
ahli-ahli falsafah yang pada hakikatnya majoriti darinya bergurukan
ahli falsafah Timur,sebahagian besarnya dimanfaatkan ketika perang
seperti perang dengan Empayar Parsi dan kaum-kaum yang digelar mereka
'barbarian'.Pelbagai falsafah dan pemikiran tentang hakikat dan rahsia
disebalik kehidupan menjadi asam garam dan makanan di kalangan penduduk
Asia kuno.Pengetahuan rahsia ini tidak syak lagi telah diajarkan oleh
orang-orang yang bijak pandai di kalangan mereka,kadangkala digelar
ORANG SUCI.
Orang-orang suci inilah menjadi misteri.Di sebelah
Benua Kecil,India telah muncul para rishi yang mengajarkan hikmah
kehidupan kepada penduduk asli India yang kurang bertamadun.Pada awalnya
mereka mengajarkan bahawa TUHAN ITU SATU,satu entiti yang digelar
Brahman.Itulah hikmah pertama yang paling kuno di mana ketika itu ajaran
tersebut tidaklah dikenali sebagai Hindu (di mana konotasi 'Hindu'
sebenarnya dipopularkan orang-orang Barat) tetapi satu ajaran suci yang
dipercayai berasal dari para utusan Tuhan.Kajian juga mendapati bahawa
ajaran-ajaran yang lebih maju dan sistematik di dalam sejarah kuno Hindu
sebenarnya dibawa ketika penaklukan bangsa Aryan dari kawasan Asia
Tengah ke atas India Dravidia iaitu penduduk asli India yang masih
bercawat dan duduk di pinggir-pinggir hutan beribu-ribu tahun
dahulu.Bangsa Aryan yang lebih maju dan bertamadun ini membawa
bersama-sama mereka ajaran kerohanian mereka;pengetahuan tentang entiti
yang dikenali sebagai Tuhan dan rahsia kehidupan manusia.Teks-teks
Sanskrit kuno ada menyatakan tentang rahsia penciptaan alam semesta dan
para utusan Tuhan,di mana terdapat nama-nama yang menyebut perihal
Ibrahim dan Muhammad dalam lenggok sanskrit kuno (rujuk Rig Veda).Ini
tidaklah menghairankan apabila para pengkaji manuskrip Sanskrit-Hindu
pada hari ini telah telah mendapati bahawa kitab Rig Veda yang merupakan
paling tertua di antara kitab-kitab Veda yang lain mengandungi
peristiwa-peristiwa berkenaan raja-raja Babilon dan Mesir serta
peperangan mereka.Lebih menarik lagi,ditemui kenyataan bahawa seperlima
daripada Rig Veda adalah berasal daripada kitab-kitab Babilon Kuno (Dr.
Pran Nath,Times of India).
Terdapat banyak lagi kenyataan yang
menggemparkan di dalam teks-teks kuno Hindu termasuk di dalam
Upanishad,Purana dan Antharva Veda,menunjukkan satu bukti terahsia
selama beribu-ribu tahun- bahawa pengetahuan The Matrix (merujuk kepada
pengetahuan rahsia ini) sebenarnya telah diajarkan oleh para rishi
bersumber dari wahyu yang diterima dari para utusan Tuhan;para nabi yang
mulia.Dan akhirnya bersumber dari The Source;Allah Rabbul Izzati
(sesetengah bukti dari manuskrip Hindu menunjukkan rishi iaitu guru
kerohanian itulah para nabi).Kajian yang lebih lanjut ke atas teks-teks
Babilon dan Sumeria pula,sebahagian besarnya masih dalam tulisan pepaku
(cuneiform) menunjukkan kehadiran para utusan Tuhan yang mengajarkan
hikmah kehidupan dan pengetahuan TUHAN YANG SATU.Ini tidak termasuk
teks-teks kuno dari warisan Judeo-Kristian,iaitu Yahudi dan Nasrani
seperti Injil dan Taurat berserta suhuf-suhuf serta zabur (psalms,hynms)
nabi-nabi dari kalangan Yahudi seperti Ezekiel,Jeremiah,Ezra dan
lainnya yang sudah dahulu ditemui tentang agama Tauhid,para Kekasih-Nya
dan 'The One',Muhammad yang misteri;tercantum dalam ramalan-ramalan tua
(prophecies),puji-pujian,hikayat serta nyanyian keagamaan (hymns)
berusia beribu tahun.Benarlah bahawa agama Tuhan itu telah disebarkan ke
seluruh dunia oleh orang-orang pilihan-Nya dan benarlah kata-kata
AlQuran yang mulia: