Wednesday, October 30, 2013

Faktor Kahwin Lambat Di Malaysia

‘Kekangan Kewangan Dan Fenomena Kahwin Lambat Dalam Kalangan Golongan Muslim Malaysia’ - Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.


Menyentuh tentang isu kahwin lambat di kalangan muslim di negara ini, beliau berkata 2.5 juta rakyat
Malaysia berumur 25 tahun ke atas (16.7 peratus) tidak berkahwin di atas beberapa sebab.

Antara faktor penyumbang fenomena ini adalah masalah kewangan, tiada calon sesuai, kemajuan kerjaya, selesa hidup membujang dan komitmen kepada keluarga.

Berdasarkan pecahan gender, 44.7 peratus lelaki tidak berkahwin ekoran masalah kewangan berbanding wanita (14 peratus), tiada calon sesuai (19.3 peratus lelaki, 40 peratus perempuan), kemajuan kerjaya (12.8 peratus lelaki dan 8.4 peratus perempuan), selesa hidup membujang (8.4 peratus perempuan) dan komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus bagi lelaki dan wanita).

No comments: