kisah benar tentang gangam style city,, take 5 minute,, plezz... for muslim
KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM
oleh Mohamad Sidik pada pada 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg
Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di
masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke
sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang
saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di
kedai ter
sebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah
sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada
orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan
yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi
datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung
hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,