Tuesday, April 9, 2013

Mari bermain permainan Jigsaw



Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,




Pengetahuan rahsia itu hanya untuk mereka yang memahami.Kata-kata ini tepat apabila anda sedang mencari pengetahuan rahsia itu.Bagi mereka yang alpa,mereka tidak lebih hanyalah umpama haiwan ternakan yang makan untuk hidup dan akhirnya mati,menjadi bangkai dan mereput.Kita semua adalah 'ciptaan' Dia dan suatu hari pasti akan mati,tidak kira anda adalah seorang presiden ataupun pengemis,anda pasti akan mencapai sakaratul maut.

Kita hidup di dalam dimensi ciptaan Dia,dan ini dipanggil 'Matrix' dalam terminologi yang lebih moden.Kita tidak tahu apa di luar Matrix ini sehinggalah Dia menyuntik 'pengetahuan rahsia' itu melalui para nabi dan rasul yang mengkhabarkan apa yang di luar Matrix iaitu apa yang dipanggil oleh kita sebagai 'alam ghaib'.Kita ibarat anak ayam di dalam telur atau fetus di dalam rahim ibu.Sampai masa kita akan tahu kebenaran sebenar.Tetapi masalahnya sekarang,kita dituntut untuk percaya kepada apa yang diberitahu sebagai pengetahuan rahsia itu,dari mulut para nabi dan rasul.Ketika Matrix disingkap dan KEBENARAN akan dibuka,Dia...akan memilih siapa yang percaya ketika di dalam Matrix dan menyeksa siapa yang mendustakan 'berita di Luar Matrix' dari para utusan-Nya.Tiada jalan keluar,kita semua adalah 'ciptaan' Dia dan suatu hari pasti akan
mati,tidak kira anda adalah seorang presiden ataupun pengemis,anda pasti akan mencapai sakaratul maut,keluar dari Matrix dan 'terpaksa' melihat keputusannya iaitu Kebenaran itu.

Menarik bukan 'permainan' ini?

Dahulu saya seperti anda semua,saya hidup untuk makan,makan untuk hidup.Saya tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi,yang saya tahu,saya belajar,bekerja,beranak pinak dan mati.Saya tidak tahu dari manakah datangnya diri saya dan apa tujuan saya wujud di dalam dunia,atau ke  mana saya selepas ini.Dahulu saya percaya saya berasal dari beruk yang mengalami evolusi.Dahulu saya percaya bahawa bahawa rezeki datang dari pekerjaan,datang dari kilang,datang dari pejabat,datang dari kebun.

Dahulu saya bukanlah orang yang mengendahkan soal agama.Saya tidak jaga solat apatah lagi solat berjemaah.Rumah saya hampir dengan masjid tetapi saya pekakkan telinga bila azan berkumandang.Darjat saya hampir sama dengan Teresa Kok atau Namawee yang memperlekehkan azan,bezanya saya Islam tetapi mereka bukan Islam.Bezanya saya pernah belajar melaungkan azan ketika di sekolah agama rakyat,tetapi mereka tidak berpeluang belajar tentang azan dan segala khazanahnya,apatah lagi tentang Islam.Bezanya saya tahu tetapi buat-buat tak tahu,mereka pula memang tak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu.

Dahulu saya tidak pernah menghargai Islam yang saya anuti.Saya rasa Islam atau tidak,sama sahaja.Kehidupan saya sama seperti orang kafir.Saya rasa Islam tidak memberi apa-apa impak kepada kehidupan saya,saya tetap lulus periksa dan mendapat pekerjaan yang bagus.Saya tetap berjaya dan memiliki apa yang saya idamkan.Islam saya hanya pada nama.

Suatu ketika apabila saya terbaca maksud dari surah At-Thariq,pada ayat-ayat yang terakhir:


"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya

Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya

Maka berilah tangguh orang-orang kafir itu, iaitu berilah tangguh kepada mereka barang sebentar"

"As for them, they are but plotting a scheme

And I am planning a scheme

Therefore grant a delay to the Unbelievers: Give respite to them (for awhile)


(At-Thaariq, 86:15-17)



....saya merasakan ada sesuatu rahsia penting di dalam ayat-ayat itu.Siapakah mereka yang merancang itu?Mengapa Tuhan begitu baik membiarkan mereka dengan memberi tangguh?Apakah perancangan Tuhan?Kemudian soalan-soalan itu berlalu begitu sahaja.

Sehinggalah pada suatu hari apabila saya berpeluang menghadiri satu perjumpaan sebuah kelab di Eropah.Kelab tersebut didanai oleh satu pertubuhan sulit LuciferianCraft,dan saya hadir di sana bukanlah sebagai tetamu tetapi salah seorang konsultan utiliti yang menjaga fasiliti-fasiliti tertentu,dan saya perlu berada di dalam premis mereka untuk memastikan semua kelengkapan dalam keadaan baik.Saya tidak tahu mengapa saya boleh terlepas,dan ini mungkin ada hikmahnya.Di dalam perjumpaan sulit itu,saya begitu terkejut bahawa agenda utama mereka adalah membincangkan untuk menghadapi satu perkara yang selama ini saya tidak peduli sama sekali.

Islam.

Sejak dari itu saya mula mengkaji dan mengkaji tentang Islam dan mengapa ada sekelompok manusia yang begitu takut dengan agama ini.Saya seolah-olah seperti orang kafir yang mula mahu mengenali Islam.Saya mula terkenangkan ustaz di kampung ketika kecil yang mengajar saya mengaji.Dahulu saya tidak ambil pedulipun tentang AlQuran.Namun saya mula sedar akan kehebatan AlQuran apabila berjumpa dengan ahli-ahli Luciferian yang membaca AlQuran untuk mengorek rahsia masa hadapan dan dimensi-dimensi ghaib malah ada yang menghafalnya,sedangkan saya seorang Islam pun masih merangkak-rangkak membaca AlQuran.

Saya ingin tanya kepada anda semua wahai umat Islam,adakah kamu tahu apa yang dibincangkan dalam Perjumpaan Bilderberg?Apa yang dibincangkan di dalam Bohemian Groove?Di dalam Round Table?




Saya namakan bidang yang saya kaji ini sebagai 'Seni Perancangan Musuh-musuh Allah'.Media memanggilnya 'Teori Konspirasi'.Orang-orang yang dungu memanggilnya 'karut' dan 'paranoid'.

'Goyyim' menganggapnya sebagai filem National Treasure dan hiburan masa lapang.

Sesungguhnya manusia adalah menjadi musuh kepada apa yang mereka tidak ketahui.Musuh kepada apa yang mereka tidak fahami.Sehinggalah apabila Kebenaran itu berada di depan mata barulah mereka sedar.Namun malangnya,kesedaran mereka itu seringkali tidak berguna.APA YANG PENTING MENGGUNAKAN AKAL UNTUK MENAPIS SEGALA MAKLUMAT.Memang terdapat maklumat yang salah,tetapi tidak seharusnya kita menolak semua maklumat.Orang yang mampu menapis semua maklumat ialah kerana dia banyak membaca semua maklumat.Maksud saya,berpengetahuan luas.Sebagai contoh,orang yang dari kecil asyik membaca pasal matematik dan pakar matematik berpotensi untuk menolak maklumat mengenai agama yang abstrak,subjektif dan mistik,sementara matematik adalah konkrit,objektif dan realiti.Sepanjang pengalaman saya,orang yang berlatarbelakangkan akademik yang hebat-hebat mahupun orang yang memiliki kelayakan dalam bidang agama sekalipun tidak terlepas menjadi 'goyyim' dan 'haiwan ternakan'.Ada dua kategori orang dalam mempelajari ilmu agama.Pertama,mereka yang mempelajari agama hanya untuk tujuan keduniaan,sebagai contoh untuk mencari pekerjaan,mencari rezeki.Mereka belajar agama hanya untuk menjawat jawatan ustaz atau ustazah.Sama juga ada orang menghafal AlQuran hanya untuk jadi hafiz dan hafizah,namun kadangkala mereka sendiri pun tak memahami maksud AlQuran itu sendiri.Komputer dan mesin pun boleh menghafal dan membacakan AlQuran untuk anda.Tetapi bezanya,komputer TIDAK FAHAM ISI ALQURAN.

Kita belajar agama UNTUK AMAL AGAMA ITU.Bukan untuk mempergunakan agama.

Kita belajar agama untuk memahami apakah sebenarnya Matrix yang kita berdiam ini dan mengenal siapakah pencipta Matrix.Namun ada orang yang menjadikan agama sebahagian dari Matrix,maka dia masih kekal ditipu oleh Matrix.Orang yang bijak ialah orang yang mengamalkan agama untuk bebas dari Matrix menuju kepada Pencipta Matrix,dan dirinya.

Sebab itu dalam isu Hudud,masih ada orang yang rela dirinya ditipu.Hukum Hudud adalah hukum Allah s.w.t yang menciptakan anda dan saya.Ada orang yang mengatakan Hudud hanya 0.01% (kalau tak silap saya) dari Islam,maka tidaklah wajib dilaksanakan.Sebenarnya kepada para pemimpin yang memegang kuasa politik,tanggungjawab menjalankan hukum Allah adalah 100% terletak dibahu mereka,bukan 0.01% lagi.Tanggungjawab saya dan anda ialah untuk menyokong dan menyenangkan hukum Allah ini tertegak.Hudud jangan dipolitikkan.Perbalahan Datuk Zulkifli Noordin dan PAS mengenai HUdud amat dungu dan memalukan.Jika kita tidak tahu jangan bercakap seolah-olah kita tahu,TERUTAMANYA DALAM SOAL AGAMA.Datuk Zulkifli Noordin sepatutnya datang menziarahi pemimpin PAS dan berbincang mengenai perlaksanaan hukum Hudud,bukannya berkokok dari luar sehingga memberi imej bahawa,sesama Islam pun berbalah mengenai hukum Hudud.Melicinkan,bukan menserabutkan.Kita semua ada ego masing-masing tetapi jangan libatkan agama.Sebab bila anda mencapai sakaratul maut,Pencipta hukum Hudud akan mengadili anda,kenapa di dunia kamu tidak ikhlas menegakkan hukum Aku?

Saya melihat hukum Hudud (sebenarnya Hudud hanyalah sebahagian dari Fiqh Jinayah) adalah sebagai 'test' kepada individu-individu tertentu,juga kepada saya dan anda.Jika saya mengaku muslim,solat dan berpuasa sebagai contoh tetapi dalam soal politik,saya tidak mampu menuruti apa yang Rasulullah s.a.w ajarkan.Saya mengaku saya menyokong hukum Allah,tetapi bila ada orang mahu menjalankannya,anda menserabutkannya hanya kerana anda benci mereka,anda mahu jaga ego anda.Jangan begitu.Dunia ini akan lenyap.Jika anda tidak mampu menegakkan hukum-Nya,janganlah pula menghalang orang lain yang berusaha mahu menegakkannya.Di akhirat,Hudud Allah PASTI MENANG.Bar Council tidak lagi bermakna apa-apa.

Orang yang paling tahu mengenai kebenaran Islam ialah ya...sudah tentu orang pilihan-Nya seperti nabi-nabi dan rasul-rasul.Bagi tingkatan orang awam seperti saya dan anda,orang yang paling sedar kebenaran Islam ialah orang yang telah nampak perancangan musuh-musuh Islam.Orang yang belajar tentang Islam belum tentu tahu kebenaran agama yang dipelajarinya.Pernah dengar tentang 'ustaz' yang meliwat,atau bakal ustazah yang bersekedudukan?Ini manusia yang belajar agama tetapi tidak faham agama,seterusnya tidak AMAL AGAMA.Namun orang yang mempelajari seni perancangan musuh-musuh Allah akan sedar,BETAPA BERNILAINYA AGAMA ISLAM ini.

Para elit Luciferian amat menghormati Holy Scriptures.Apakah itu Holy Scriptures adik-adik,kakak-kakak,abang-abang?IA ADALAH HIMPUNAN APA YANG DINAMAKAN WAHYU DARI 'GOD'.Dan AlQuran adalah salah satu rujukan para elit Luciferian untuk menafsir pergerakan masa depan dan dimensi alam semesta.

Siapakah orang yang paling kaya di dalam dunia?Doktor?Jurutera?Presiden?Raja-raja?Korporat?

Orang yang paling kaya dalam dunia ialah PARA PENYEMBAH IBLIS.

Itulah dia para elit Luciferian yang mendominasi dunia material.Mereka memiliki bisnes bernilai bertrilion pound sterling,teknologi-teknologi canggih bertahap 'luar angkasa' dan pengaruh 'mindcontrol' yang kuat ke atas majoriti manusia.Jika ada orang yang berlagak di depan saya hanya kerana dia tauke kedai atau bekerja sebagai akauntan,saya hanya ketawa terbahak-bahak di depan manusia malang itu.Saya pernah bergaul dengan para elit Luciferian ini dan mereka memang 'humble'.Apakah sifat yang paling mereka agungkan?Ia adalah "The more you give, the more you have/get".Ini adalah prinsip dalam sains kehidupan yang diajarkan oleh New Age Religion,salah satu cabang dalam agama menyembah Iblis.Dari mana ilmu ini datang?Dari kata-kata Rasulullah s.a.w:

Dalam Hadis yang diriwayat At-Tabrani Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengurangi harta seseorang”

Kata-kata Nabi memang selalunya benar.Tetapi kita selalunya mula percaya bila doktor,saintis ataupun orang yang kita hormati membenarkan hadis-hadis nabi.Jika tidak,kita akan merasa ragu-ragu atau menolak hadis nabi.

Namun malangnya,ada lagi manusia yang lebih kaya dari para elit Luciferian.Siapa?

Iaitu mereka yang bersifat qanaah,yakni merasa cukup dengan nikmat yang ada.Ini orang paling kaya.Orang yang miskin ialah orang hidupnya tak pernah merasa cukup walaupun mangkuk tandasnya diperbuat dari emas.

Sebab itu di MistisFiles,kami berusaha memahamkan anda tentang mengapa para elit Luciferian mengadakan seminar atau perbincangan semata-mata mahu 'mengawal' Islam.Kami mahu mengajak anda keluar dari penyakit 'goyyim'.Goyyim ialah orang yang tidak peduli.Goyyim ialah orang yang dungu yang terkongkong dalam logiknya sendiri.JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI GOYYIM.Saya berada di kalangan mereka dan saya tahu mengapa Islam ini adalah BENAR.Sesungguhnya Iblis penuh dengan perancangannya ke atas anak Adam.Saya tidak kagum jika anda berada di dalam Freemasonry,Rotary atau Lion Club,tetapi saya sudah bergaul dengan mereka yang berada di dalam organisasi yang menguruskan 'puppet-puppet' mereka seperti Lion Club dan Freemasonry malah Jesuit dan Zionis Antarabangsa.

Sebab itu di dalam MistisFiles,kami tidak memaksa anda mempercayai kami,tetapi cukup jika anda menggunakan akal anda untuk berfikir.Walaupun saya mengetahui beberapa pengetahuan rahsia,namun saya bukanlah nabi atau orang pilihan-Nya.Saya adalah manusia yang penuh dosa.Apa yang dilakukan oleh saya dan yang lain adalah hanya memberikan kepingan-kepingan 'jigsaw puzzle' untuk kita sama-sama mencantumkannya dan melihat 'Gambar Besar'.Di sini saya memiliki beberapa kepingan 'jigsaw puzzle'.Mungkin di tangan anda ada beberapa lagi.Kita sama-sama cantumkan ia.Saya berada di dalam Matrix ini,saya tidak tahu apa di luarnya.Anda juga begitu.Anda tidak tahu apakah sebenarnya Matrix ini.Tetapi mujurlah Dia mengutuskan utusan-Nya ke dalam Matrix ini.Kita ikut sahaja peraturan-Nya dan suatu hari nanti anda dan saya akan keluar dari Matrix ini dengan tersenyum-senyum.

No comments: