Hello. Sekarang aku ingin mengupdate sesuatu kerana mata ini masih belum mahu lelap. Resepi Sandwich bajet yang paling sesuai untuk bisnes sebagai seorang pelajar IPTA khusus. Ok. Jom kita mulakan.
Bahan-bahan yang diperlukan
Langkah-langkah
Bahan-bahan yang diperlukan
- 1 tin besar Sardin jenama Murah(RM2.00)
- 2 Bungkus Roti Sandwich jenama Roti Sedap(RM2.50)
- Limau nipis
- Lada Hitam
- Daun Sup
Langkah-langkah
- Buka Tin Sardin.Keluarkan isi ikan dari tin. Asingkan sos tomato tersebut dari isi ikan
- Bermula sesi melenyek isi ikan itu mengunakan sudu. Jangan terlalu hancur kerana ia akan mengurangkan texture isi sandwich itu.
- Setelah agak hancur,perah asam limau kedalam isi sardin itu. Sedikit lada hitam.Bagi menambah keharmonian warna sandwich itu,letak daun sup.(Langkah ini adalah untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan sardin itu kerana ia tidak dipanaskan)
- Gaul hingga sebati.
- Keluarkan 2 roti sandwich itu dan selek kearah permukaan roti tersebut dengan inti yang telah disediakan
- Potong tengah-tengah dalam berbentuk segi tiga.
- Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba. Kepada yang ingin berniaga,ingat bahawa berniaga bukan kerana duit semata-mata. Duit hanya alat.Tidak lebih dari itu. Bisnes adalah Penyelesai Masalah.
Sekian Nukilan Pada Pagi INI.
3.48am
Serdang
No comments:
Post a Comment