Tragedi Lahad Datu Satu Konpirasi
Krisis Lahad Datu: Luahan Sebenar Dari Penduduk Lahad Datu
Saya warga Lahad Datu yang bekerja di kuala lumpur. Apa yang berlaku di
Lahad Datu sengaja disenyapkan oleh kerajaan kerana bimbang reputasi
mereka akan jatuh menjelang PRU13. Hanya warga Lahad Datu yang tahu
situasi sebenar. Menurut cerita keluarga saya di sana, memang pengganas
ini dijemput masuk atas sebab ingin menuntut kawasan felda dengan janji
mereka mendapat tanah dan sebagainya.
Dan yang lebih
menyakitkan hati ada antara pengganas ini sudah memiliki IC sah. Caranya
minta askar sultan sulu yang tidak tahu malu itu datang untuk provoke.
namun mereka datang dengan tujuan untuk mengambil semula Borneo.
Serampang dua mata. Bantu dan rampas. Tidak ada kaitan dengan
pembangkang kerana setahu saya rakyat Sabah kini bangkit dan ramai yang
sokong pembangkang kerana merasakan tidak terbela dan dipinggirkan
sekian lama.
Isu ic projek memang berlaku.
Dan siapa
kami di sabah untuk menyampaikan kebenaran, sedangkan pemimpin kami
sendiri menjatuhkan martabat kami. Untuk pengetahuan saudara, rakyat
Sulu semakin bertambah di kawasan Lahad Datu dan dikhuatiri mereka ini
akan bangkit membalas tindakan kerajaan. Bayangkan 10 orang Sulu
terbunuh dan tak mustahil majoriti rakyat Sulu yang ahli keluarganya
terbunuh akan membalas dendam dan mengsanya penduduk Lahat Datu?
Mangsanya adalah kami penduduk tempatan. Sedangkan kawalan perairan di
persempadanan Sabah dan Filipina terlalu longgar sehingga hampir setiap
hari mereka keluar masuk tanpa sekatan.
Kalau saudara Jason ke
lahad datu, Saudara akan lihat rupa bandar Lahad Datu yang tak ada
bezanya dengan pekan di Filipina. Pertambahan penduduk yang mendadak,
kebanjiran pendatang Filipina yang bebas menjadikan kami minoriti. Yang
jelas, tiada respon yang boleh menjelaskan keadaan sebenar di Lahad
Datu.
Kami juga tidak dimaklumkan dengan terperinci situasi
sebenar baik di media kerajaan dan sebagainya. Hanya FB sahaja sumber
maklumat kami. Selain maklumat daripada hospital dan agensi kerajaan
yang ditugaskan. Malah rakan2 polis yang bimbang sedia berkongsi
maklumat walaupun tahap kerahsiaan tidak boleh disampaikan sewenang2nya.
Hari ini perintah berkurung dikuatkuasa pada jam 5 petang
sebentar tadi, Anggota keselamatan kita dua terkorban. Pihak pengganas
10 terkorban, 4 cedera dan 4 ditahan. Persoalan saya sebagai orang Lahad
Datu, mengapa maklumat ini terlalu sulit?.
Mengapa media
terhalang membuat liputan?. Saya kecewa kerana isu besar seperti ini
tidak dihebahkan berperingkat seperti highland tower tumbang dulu. Isu
ini dikecilkan dan terpinggir sama seperti pembangunan negeri kami yang
perlahan. Negeri kami kedua termiskin, kami terpukul, sedagkan kami kaya
sumber minyak dan sebagainya.
Harapan saya biar pru13 memihak
kepada pembangkang, kerana dengan cara itu, kesemua kelaknatan pemimpin
BN dan pemimpin Sabah terungkai satu persatu dan rakyat berpeluang
bersuara mengadili kepincangan mereka. Kami rakyat Sabah bersandarkan
doa rakan2 diseluruh negara mendoakan keselamatan kami. Kami terkepung
oleh pendatang yang diberi mandat memilih kerajaan yang korup!!
dipetik dari JKKK Fan Club
No comments:
Post a Comment