Monday, March 4, 2013

Sultan Kiram lupakan sahaja Sabah!!!!



Kamu adalah Raja yang tidak bernegara, Kerajaan kamu telah tidak wujud sejak tahun 1917 lagi, setelah kalah perang dengan Sepanyol. Malahan kerajaan Filipina di mana Negara kamu berlindung sudah tidak mengiktiraf kesultanan Sulu sejak tahun 1937.

Apabila kalah perang dan jajahan kerajaan Sulu sudah ditakluk maka ia tidak dapat dihidupkan kembali. Tuntutan tidak boleh dibuat berdasarkan sejarah. Sabah bukan lagi Borneo Utara, Sabah sudah merdeka di bawah Malaysia. Jika ikut logic Kiram kena juga tuntut bekas jajahannya di Filipina dan Indonesia.

Belajarlah dengan Bangsa Moro, terdiri dari wilayah Mindanao, Palawan dan Sulu (Moroland) sebahagian dari kamu yang berbaik2 dengan Malaysia dan mengambil peluang dengan memohon bantuan dan pertolongan untuk menjadi perunding bagi mewujudkan sebuah jajahan yang berdaulat dengan kerajaan Filipina.

Apakah kamu cemburu dengan Bangsamoro yang sudah mendapat pengiktirafan dari Filipina dan disokong oleh Malaysia yang telah berjanji untuk membantu memajukan jajahan tersebut . Kewajaran pemikiran pemimpin Bangsamoro inilah yang perlu dicontohi oleh kiram, bukan memperjudikan nyawa pengikut kamu. Apatah lagi jika ada janji2 manis pengkhianat songsang yang kamu harapkan. Mereka memang tidak akan dapat mengambil alih pemerintahan kerajaan Malaysia.
Kami tidak rela kamu menginjak2 bumi kami, pembalasan yang lebih dasyat akan kamu terima.

No comments: