PERANG LAHAD DATU: Tangkal kalimah celah kangkang, pengganas amal sihir kelas pertama
Tangkal bertulis kalimah al-Quran ditemui pada mayat seorang daripada
pengganas dan amat menyedihkan kerana tangkal itu turut dipakai di celah
kelangkang.
Menurut sumber, tangkal itu ditemui pada mayat
pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan
negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi kelmarin.
“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut
menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang
serta di pinggang.
“Kemungkinan pemakaian tangkal itu
bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu
sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat
terkena tembakan,” katanya.
Pengamal perubatan Islam Sharhan Shafie
ketika mengulas tindakan pengganas Sulu itu memakai tangkal berkenaan
berkata, ia dianggap sebagai amalan sihir kelas pertama.
“Dalam
pengamalan sihir ini, semakin Allah murka, semakin ilmu itu menjadi.
“Mungkin itu pertimbangan pengganas terbabit menyebabkan dia tergamak
meletakkan ayat al-Quran di tempat yang tidak bersih kerana hampir
dengan kemaluan,” katanya.
Menurutnya, pemakai tangkal seperti
itu yakin pihak musuh menghadapi kesukaran ketika berdepan mereka dengan
bantuan ghaib termasuk pandangan dialihkan menyebabkan mereka
terselamat walaupun berada dalam kepungan.
“Ia dimurkai Allah
selain sihir kelas pertama seperti dinyatakan Rasulullah. Saya syorkan
anggota keselamatan beragama Islam membaca surah al-Furqan ayat 23 bagi
menghindari sihir diamalkan musuh,” katanya.
No comments:
Post a Comment