Tuesday, April 16, 2013

Mari Belajar Menari Gwiyomi

Salam pengunjuran dari saya.Hari ini saya ingin berkongsi sedikit cara untuk menari ala2 Gwiyomi.Mungkin ini telah agk lewat du minggu,tapi masih boleh lagi di guna..khas untuk gadis cute diluar sana.:)
Dan disini ada step2 die. bolela try dan upload kat youtube or keek..:)

dan sedikit info untuk tarian ini



The Gwiyomi song, or Kiyomi song (귀요미송), is a K-pop single by South Korean singer Hari and was released on February 18, 2013.[1] It was inspired by a gesture from K-pop idol rapper Jung Il Hoon called Gwiyomi Player, which became an Internet meme in October 2012 following it's appearance on the variety show, BToB MTV DiaryMany. The gesture has inspired many Asian netizens to upload their own versions onto the internet.

Sekian terima kaseh dari saya.:)

Friday, April 12, 2013

Gangnam Style dari Cerita penduduk asal Gangnam

 
kisah benar tentang gangam style city,, take 5 minute,, plezz... for muslim

KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM
oleh Mohamad Sidik pada pada 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai ter
sebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

Wednesday, April 10, 2013

Pengenalan Matrix

PENGENALAN KEPADA PENGAJIAN "THE MATRIX"

"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama..." (AlQuran 2:31)



Apakah Matrix itu?Matematik?MLM?

atau kad matriks?;>


Matrix ialah bergantung kepada
APA YANG ANDA PERCAYA.


Bagaimana rupanya?Apa yang ada di dalamnya?


Lama sebelum filem The Matrix yang pertama ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh dunia,beberapa kelompok pemikir dari kalangan Barat telah menemui sedikit kenyataan serta hakikat sebenar dari dunia dan alam kehidupan yang manusia alami.Kelompok pemikir ini telah mengkaji dari pelbagai-bagai sumber;dan di sana ada dua sumber utama yang menjadi tunjang kepada pengetahuan The Matrix,esoterik Hindu dan satu lagi sumber yang mereka rahsiakan kepada umum.

Asas kepada pengetahuan yang mereka gali dari kerohanian di dunia sebelah Timur inilah yang menjadi kuasa kepada pergerakan New Age dan Theosofi.

Selama beratus tahun sebelum pergerakan New Age wujud,pelbagai aliran kerohanian telah muncul bak cendawan selepas hujan di beberapa bahagian Eropah.Rosicrusian,Martinism,Gnostic,Cathars dan banyak lagi termasuk pergerakan 'illumination' dan berasaskan Kabbalah yang berkembang selaras dengan pertembungan budaya Barat-Timur sama ada berpunca dari kegiatan perdagangan mahupun peperangan.Para pendiri aliran-aliran kerohanian ini telah mengembara ke seluruh pelusuk dunia Timur;di mana dapat dipecahkan kepada dua destinasi utama sumber ajaran kerohanian dunia, Timur Tengah dan Indo-Asia.Mereka telah berguru dengan pelbagai guru kerohanian Timur;shaman,tukang tilik,ahli sihir,ahli sufi,pemuka-pemuka agama,pendeta,para sami,dukun dan sebagainya semata-mata untuk menjawab pertanyaan ini:

"SIAPA KITA DAN APA TUJUAN HIDUP KITA?"

Inilah asal-usul bermulanya idea The Matrix sehinggalah Wachowski Brothers mula mengarahkan filem yang popular itu lewat menanti menjelangnya alaf baru.

Sebenarnya,sebelum kesedaran dan pengetahuan rahsia ini timbul dari kalangan orang-orang Barat,pengetahuan rahsia alam dan kehidupan telah lama berlegar-legar di kalangan orang-orang sebelah Timur.Di dunia sebelah Timur di mana agama-agama besar dunia berasal,adalah sumber dan pusat kegiatan spiritual.Dalam pada itu masyarakat sebelah Barat masih teraba-raba dalam zaman gelap yang panjang,menganut fahaman animisme dan pagan,membersihkan diri dengan air kencing sendiri dan sekurang-kurang tamadun Yunani dan Rom lah lebih maju sedikit dengan sistem dewa-dewi yang lebih sistematik dan kelahiran ahli-ahli falsafah yang pada hakikatnya majoriti darinya bergurukan ahli falsafah Timur,sebahagian besarnya dimanfaatkan ketika perang seperti perang dengan Empayar Parsi dan kaum-kaum yang digelar mereka 'barbarian'.Pelbagai falsafah dan pemikiran tentang hakikat dan rahsia disebalik kehidupan menjadi asam garam dan makanan di kalangan penduduk Asia kuno.Pengetahuan rahsia ini tidak syak lagi telah diajarkan oleh orang-orang yang bijak pandai di kalangan mereka,kadangkala digelar ORANG SUCI.

Orang-orang suci inilah menjadi misteri.Di sebelah Benua Kecil,India telah muncul para rishi yang mengajarkan hikmah kehidupan kepada penduduk asli India yang kurang bertamadun.Pada awalnya mereka mengajarkan bahawa TUHAN ITU SATU,satu entiti yang digelar Brahman.Itulah hikmah pertama yang paling kuno di mana ketika itu ajaran tersebut tidaklah dikenali sebagai Hindu (di mana konotasi 'Hindu' sebenarnya dipopularkan orang-orang Barat) tetapi satu ajaran suci yang dipercayai berasal dari para utusan Tuhan.Kajian juga mendapati bahawa ajaran-ajaran yang lebih maju dan sistematik di dalam sejarah kuno Hindu sebenarnya dibawa ketika penaklukan bangsa Aryan dari kawasan Asia Tengah ke atas India Dravidia iaitu penduduk asli India yang masih bercawat dan duduk di pinggir-pinggir hutan beribu-ribu tahun dahulu.Bangsa Aryan yang lebih maju dan bertamadun ini membawa bersama-sama mereka ajaran kerohanian mereka;pengetahuan tentang entiti yang dikenali sebagai Tuhan dan rahsia kehidupan manusia.Teks-teks Sanskrit kuno ada menyatakan tentang rahsia penciptaan alam semesta dan para utusan Tuhan,di mana terdapat nama-nama yang menyebut perihal Ibrahim dan Muhammad dalam lenggok sanskrit kuno (rujuk Rig Veda).Ini tidaklah menghairankan apabila para pengkaji manuskrip Sanskrit-Hindu pada hari ini telah telah mendapati bahawa kitab Rig Veda yang merupakan paling tertua di antara kitab-kitab Veda yang lain mengandungi peristiwa-peristiwa berkenaan raja-raja Babilon dan Mesir serta peperangan mereka.Lebih menarik lagi,ditemui kenyataan bahawa seperlima daripada Rig Veda adalah berasal daripada kitab-kitab Babilon Kuno (Dr. Pran Nath,Times of India).

Terdapat banyak lagi kenyataan yang menggemparkan di dalam teks-teks kuno Hindu termasuk di dalam Upanishad,Purana dan Antharva Veda,menunjukkan satu bukti terahsia selama beribu-ribu tahun- bahawa pengetahuan The Matrix (merujuk kepada pengetahuan rahsia ini) sebenarnya telah diajarkan oleh para rishi bersumber dari wahyu yang diterima dari para utusan Tuhan;para nabi yang mulia.Dan akhirnya bersumber dari The Source;Allah Rabbul Izzati (sesetengah bukti dari manuskrip Hindu menunjukkan rishi iaitu guru kerohanian itulah para nabi).Kajian yang lebih lanjut ke atas teks-teks Babilon dan Sumeria pula,sebahagian besarnya masih dalam tulisan pepaku (cuneiform) menunjukkan kehadiran para utusan Tuhan yang mengajarkan hikmah kehidupan dan pengetahuan TUHAN YANG SATU.Ini tidak termasuk teks-teks kuno dari warisan Judeo-Kristian,iaitu Yahudi dan Nasrani seperti Injil dan Taurat berserta suhuf-suhuf serta zabur (psalms,hynms) nabi-nabi dari kalangan Yahudi seperti Ezekiel,Jeremiah,Ezra dan lainnya yang sudah dahulu ditemui tentang agama Tauhid,para Kekasih-Nya dan 'The One',Muhammad yang misteri;tercantum dalam ramalan-ramalan tua (prophecies),puji-pujian,hikayat serta nyanyian keagamaan (hymns) berusia beribu tahun.Benarlah bahawa agama Tuhan itu telah disebarkan ke seluruh dunia oleh orang-orang pilihan-Nya dan benarlah kata-kata AlQuran yang mulia:

Tuesday, April 9, 2013

Mari bermain permainan Jigsaw



Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,




Pengetahuan rahsia itu hanya untuk mereka yang memahami.Kata-kata ini tepat apabila anda sedang mencari pengetahuan rahsia itu.Bagi mereka yang alpa,mereka tidak lebih hanyalah umpama haiwan ternakan yang makan untuk hidup dan akhirnya mati,menjadi bangkai dan mereput.Kita semua adalah 'ciptaan' Dia dan suatu hari pasti akan mati,tidak kira anda adalah seorang presiden ataupun pengemis,anda pasti akan mencapai sakaratul maut.

Kita hidup di dalam dimensi ciptaan Dia,dan ini dipanggil 'Matrix' dalam terminologi yang lebih moden.Kita tidak tahu apa di luar Matrix ini sehinggalah Dia menyuntik 'pengetahuan rahsia' itu melalui para nabi dan rasul yang mengkhabarkan apa yang di luar Matrix iaitu apa yang dipanggil oleh kita sebagai 'alam ghaib'.Kita ibarat anak ayam di dalam telur atau fetus di dalam rahim ibu.Sampai masa kita akan tahu kebenaran sebenar.Tetapi masalahnya sekarang,kita dituntut untuk percaya kepada apa yang diberitahu sebagai pengetahuan rahsia itu,dari mulut para nabi dan rasul.Ketika Matrix disingkap dan KEBENARAN akan dibuka,Dia...akan memilih siapa yang percaya ketika di dalam Matrix dan menyeksa siapa yang mendustakan 'berita di Luar Matrix' dari para utusan-Nya.Tiada jalan keluar,kita semua adalah 'ciptaan' Dia dan suatu hari pasti akan

Friday, April 5, 2013

Dibelakang Free SMS free Call | VIBER

 KE,PADA YANG BELUM MENGETAHUI, VIBER MEDIA INC TELAH DIASASKAN OLEH ISRAELI TALMON MARCO SELAKU CIO KEPADA PUSAT KAWALAN IDF.SEGALA MAKLUMAT AKAN DISIMPAN KEDALAM SERVER,INI BERMAKNA SEGALA MAKLUMAT MENGENAI SENARAI PHONE CONTACT. INI TELAH DIPERSETAJUI OLEH PENGGUNA DI DALAM PERJANJIAN SEBELUM INSTALL APLIKASI INI.MAKLUMAT ANDA MUNGKIN AKAN DIMANIPULASI UNTUK PIHAK KETIGA.SEMEMANGNYA ADA HARGA YANG PERLU DIBAYAR UNTUK SESUATU YANG PERCUMA..