Showing posts with label punt. Show all posts
Showing posts with label punt. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

Misteri Kerajaan Punt- Jejak Keturunan Melayu

THE BOOK OF THE DEAD, KERAJAAN PUNT DAN JEJAK KETURUNAN MELAYU

Sumber: Pelbagai Website dan Blog








The Book of The Dead mengatakan: “Those who preside over their altars are the similitude of the Maat Ra (Eye of Ra), and the similitude of the Maat Heru (Eye of Horus)” (Papyrus of Ani ‘The Egyptian Book of The Dead’ translated by E.A Wallis Budge)

Merenung kepada apa yang terjadi kepada keturunan Maya dan Aztek pada hari ini,benar-benar menginsafkan. Betapa sesiapa yang tidak membaca sejarah agung mereka,akan menganggap mereka adalah kaum picisan yang hina dan tidak berpelajaran. Melihat keadaan mereka yang menjadi minoriti dan terpinggir akan membuatkan sebilangan kita berfikir bahawa kaum ini sudah tentu tidak tahu membuat apa jua ciptaan, hatta membuat sebatang jarum sekali pun. Melihatkan keadaan mereka pada hari ini akan membuatkan kita berfikir dari hutan manakah mereka berasal. Inilah yang juga terjadi kepada Bangsa Melayu.