Saturday, May 28, 2016

Nak Cari Artikel Pasal eLife Penipu??

Salam ukhwah semua. Malam ni aku nak update ckit pasal tajuk eLife penipu ni. Paling hit d blog aku selamat 3 tahun di apung di dalam google search.hehehe

HalfMoon South City Gambar Hiasan


Tetibe teringat selepas usha awek beetalk,dia kasi tahu kerja di Raja Chulan beb. Masih belajar di UPM. Fuh memang base paling kuat port ni.. dulu aku study sini r jap x abis.. X cukup duit. Skrg alhamdullilah dah buat bisnes online sendri. X byk tapi boleh la buat belanja dan menympan sedikit.


Sedikit nasihat untuk student yg suke berdikari dan tak menyusah kan org macam aku boleh pakai tips ni. Simple as that

Anda usaha anda dapat.
Ikut kemampuan sendiri.
Sentiasa belajar.
Dan mesti ada orang yg ajar. Dan orang yg ajar mesti mesti result.. Setakat modal air liur pergi mam la.. hehe

Friday, December 27, 2013

Berenang Antara Sukan Kegemaran Rasullullah

Berenang merupakan antara sukan kegemaran Nabi kita.

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular).
Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
Jom kita lihat gambar ini untuk lebih jelas
kredit tu muslim life
Jika anda mahu belajar berenang sila klik link ini.
Bersama kita mengimarahkan Sunnah

Wednesday, December 11, 2013

Cina Sembah Dewa Melayu!!

Oleh A. Suffian


Baru-baru ini penulis telah berkesempatan untuk makan cendol di sebuah kawasan perumahan di Klang, Selangor. Gerai cendol itu betul-betul terletak dibawah sebuah pokok besar dan ditepi pokok tersebut terdapat satu tokong kecil berwarna merah.


Pada mulanya penulis tidak mengambil peduli akan tokong tersebut namun apabila penulis terpandang berhala yang disimpan di dalam tokong kecil itu, penulis terkedu sebentar. Jelas kelihatan sebuah patung yang lengkap bertanjak dan berkeris “bersemayam” di dalamnya. Kerana “gatal mulut” penulis bertanya kepada seorang lelaki berbangsa Cina yang juga pelanggan di gerai cendol itu.


“Boss, itu dalam tokong sapa? Kenapa pegang keris?” Tanya saya.


“Ooo.. Itu Na Tuk Gong. Dia jaga sini tempat”. Jawab lelaki Cina itu.

berita lanjut disini

Sunday, December 8, 2013

Tutorial | Bagaimana untuk Membuat Canoo Sendiri

Selamat pagi semua. Hari ni saya akan kongsikan cara membuat bot. Saya akan sediakan tutorial bergambar bagi mudah ubtuk memahami. Sesuai untuk aktiviti memancing dan persiapan untuk menghadapi banjir pada musim tengkujuh.

p/s. Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan jiwa. Sila rujuk kepada pakar dan jalani pemeriksaan dahulu sebagai langkah berjaga-jaga.


Jom bertolak...Pendayung guna paip 4" dipotong 2 dan dipanaskan utk bg flat.

Peralatan yg digunakan..

Potong 2 tong putih, dan sediakan paip 4" dengan penutup.

Buat lubang kat tepi tong berbentuk segi empat ikut saiz kayu. Tengok otai buat mcm mana...cantek punya lubang...

Potong kayu inci

Sumbat kayu dalam lubang.

Sambung semua tong2 dgn skru

Pasang paip pvc di tepi...

Ikat dengan steel bend. Lapik steel bend dengan getah